Adab Dalam Agama

Oleh: Muhammad Khairul Anwar Bin Wahab

1. ADAB MUKMIN DI DEPAN ALLAH S.W.T

Sebagai seorang mukmin kita hendakla memejam mata dan memusatkan semua perasaan kepada Allah swt. Cepat dan segera dalam menjalankan perintahNya serta meninggalkan larangNya. bersikap tulus dan ikhlas selalu. Kita harus memiliki rasa takut akan azab Allah.

2. ADAB ORANG ALIM

Seorang alim hendaknya mencari ilmu secara terus-menerus dan juga mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Walaupun memiliki banyak ilmu seorang yang alim harus merendah diri dan tidak sombong atau riak. Sayangi murid-murid dan hati-hati jika hadapi orang sombong. Dengar dan perhatikan alasan atau dalih orang dan terimalah walaupun dari lawan atau musuh.

3. ADAB BERIBADAT

Dalam beribadah hendaknya waktu dan kadarnya tertentu. Perkataan yang diucapkan hendaknya didasari atas kesungguhan. Lunakkanlah hati dalam beribadat. Khusyuk lagi khudhuu’ dengan kontinu dan mata terjaga dari hal-hal yang diharamkan. Menyedikitkan makan dan inum serta menyakini bahawa ajal akan segera tiba. Jagalah solat danjangan sampai terlewat. Ketahui segala kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

ADAB AJAR-MENGAJAR

1. ADAB MURID KEPADA GURU

Sebagai seorang murid kita harus menghormati guru. Usahakan murid dahulu mengucapkan salam kepada guru. Kurangi percakapn yang tidak berkaitan. Jangan mengumpat kepada guru, jagan banyak ketawa dan bercakap dihadapan guru, jangan mengutarakan perkara yang berlawanan denagn pendapat dia, jangan menambahkan hal-hal yang membosankan kepada guru.

2. ADAB MEMBACA DAN MENGAJAR AL-QUR’AN

Ketika mengajar al-qur’an hendak lah duduk dalam posisi orang yang takut. Perhatikan dan dengarkan perintah, serta renungkanlah bacaan itu untuk memahaminya sambil menanti penuh harapan akan datang rahmat.
Ketika membaca al-qur’an, duduklah mengadap al-qur, an dalam posisi yang baik dan bersikap tawaduk. Pusatkn pemikiran bagi memahami isi al-qur’an.

3. ADAB MENGAJAR ANAK-ANAK

Sebulum mengajar anak-anak, hendaknya terlebih dahulu dimulai dari diri sendiri kerana mata anak-anak sangat tajam dan pendengaran sangat peka. apa yang diajar baik maka baiklah anak-anak dan sebaliknya. Jangan banyak memukul dan marah, jangan biar mereka bergurau ketika dalm kelas. Apa yang penting ialah jangan merasa tinggi hati dengan apa yang diberikan kepada mereka.

4. ADAB PENDENGARN DALLAM BELAJAR.

Ketika mendengar khutbah atau pelajaran sebagai seorang pendengar tampakkan kekhusyukan dan tundukkan pandangan. Bersih dada dan selalu berperangsangka baik. Percayailah setiap ucapan yang didengar dan jangan banyak komen.
ADAB DALAM SOLAT

1. ADAB MENGUMANDANGKAN ADZAN

Seorang muadzdzin hendaknya mengatahui waktu, baik di musim panas atau pun sejuk. Tartil teratur dalam beradzan dan mempercepatkan saat mengumadangkan iqomah.

2. ADAB BERWUDHU

Berselawat dan berzikir dengan kontinu. Menumbuh rasa takut kepada Allah serta bertaubat kepadaNya. Bersikap tenang setelah berwudhu sampai masuk waktu solat. Membersihkan 5 perkara iaitu memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, muncukur rambut yang tumbuh di sekitar kemaluan serta membersihkan hidung dan juga pakaian dan badan.

3. ADAB SOLAT

Bersikap khuduu’, merendahkan diri dengan kusyuk. Menampakkan kerendahan dan memusatkan perhatian kepa Allah serta hilangkan keraguan. Tidak menggerakkan anggota badan dan meletakkan tangan kanan atas tangan kiri. takafur dalam bacaan solat. Bertakbir mengagungkan Allah. Ruku’ dengan penuh rasa tunduk dan bersujud dengan khusyuk. Mengucapkan salam dan pergi meninggalkan dengan rasa takut. Berusahalah mencari keredaanNya.

4. ADAB MEMBACA BACAAN SOLAT

Mengkontinukan perasaan rendah diri dan perasaan malu. Menjauhkan main-main(tidak serious) dan menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak baik.

5. ADAB BERDOA

Adab pertama yang harus dilakukan tatkala hendak berdoa ialah bersikap tenang. Kosongkan pikiran dari semua urusan dunia. Tampakkan kerendahan dan jernihkan pandangan serta tundukkan badan. Memohonlah seperti orang yang benar-benar memerlukan. Yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan olehNya.

ADAB SHAUM-HAJI

1. ADAB SHAUM

Perhatikan makanan. Makanlah makanan yang baik dan tinggalkan lah perbualan yang sia-sia. Hindarilah mengumpat orang lain dan jangan menganiaya walau sekecil apa pun. Jaga anggota badan dari perbuatan buruk.

2. ADAB MENUNAIKAN IBADAT HAJI

Bersikap baik semasa dalm perjalanan, baik nafaqoh untuk diri sendiri mahupun untuk yang ditinggalkan. Berbuat baik kepada orang yang membawakan bekalnya serta tolonglah rakan seperjalanan dan kekurangan bekal dalam kerana kehilangan. Selain itu pilihlah orang yang dipercayai untuk mengawasi dan melindungi keluarga selama menunaikan ibadat haji. Berterima kasih atas kesediaan menolong kamu.

3. ADAB MEMAKAI IHRAM

Cucilah seluruh anggota badan dengan bersih. Bersihkan pula kedua kain ihram dari najis dan usahakan kain itu tetap berbau harum. kosongkan sebahagian perut(jangan makan sampai terlalu kenyang). Bertalbiah dengan penuh rasa takut dan mengagungkan dengan suara merdu. Bertawaf dengan mengagungkan KaabahNya. Renunglah saat berwukuf tentang pandangan mahsyar di hari kiamat nanti dengan penuh kerahmatan. Cukurlah rambut dengan membayangkan kemerdekaan. Menjalankan ibadat korban dengan perasaan keampunan. Melontar di jamroh dengan penuh rasa taat. Lakukan tawaf Qudum dengan memperhatikan seluruh manusia yang datang dari seluruh dunia agar saling mengenal dibawah naungan ukhwah islamiah. Selesaikan ibadat haji dan berpisah dengan rasa rindu ingin bertemu kembali dan kepulangan disambut dengan rasa damai.

4. ADAB MEMASUKI KOTA MAKKAH DAN MADINAH

Masuki kotaMakkah dan Madinah dengan penuh rasa hormat dan tenang. Lihat apa-apa yang ada dikedua-dua kota itu dan bayangkan disitu ada syariat. Perhatikan dengan pandangan yang tajam. Kemudian pergi ke masjid Rasulullah SAW dan mimbarnya. Bayangkan kita sedang melihat beliau solat dan berkhutbah. Melawat makam beliau dan memberikan salam. Kemudian melawat ke makam sahabat Rasulullah yaitu Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab. Bayangkan kecintaan mereka kepada Rasulullah dan bayangkan perhormatan yang Rasulullah berikan kepada sahabatnya. Ketika hendak meninggalkan makam baginda jangan memaling muka dan membelakanginya.

ADAB SEHARI-HARI

1. ADAB BERBUAT BAIK

Dalam berbuat baik hendaknya mendahulukan memberi sebelum diminta dan menyegerakan pemberian apabila berjanji. Banyakkan memberi tetapi ikut kemampuan. Jangan bangga diri atau takbur.

2. ADAB BERGAUL

Apabila pergi ke sesuatu majlis atau sekelompok orang sedang berkumpul hendaklah kita memberi salam kepada mereka. Jangan mendengar perbicaraan orang yang mengucapkan perkataan kotor. Hendaklah menjauhi pertemuan dengan orang seperti itu kecuali jika terdesak. Jangan merendahkan seseorang, jangan mengagungkan seseorang kerana dunia dia. Ini kerana tindakan itu akan memaukan diri sendiri dan di murkai oleh Allah s.w.t. apabila anda mendapat penghormatan, pujian atau kebikan apapun jenis dari mereka kembalikan kepada Allah s.w.t. apabila anda mendapat keburukan, kata-kata hina, umpatan atau apa-apa kata yang tidak disenangi maka serahkan sahaja semua urusan kepada Allah swt. Berlindunglah kepadaNya dan memohonlah pertolonganNya dalam menghsdapi mereka. Tetapi jangan kita menghukumi mereka kerana mereka tidak mempunyai perasaan kalau diri sendiri bersalah.

3. ADAB MAKAN

Sebelum atau sesudah makan hendaklah mencuci kedua tangan. Mengucapkan Bismillah dan menyuapkan makanan ke mulut menggunakan tangan kanan. Sedikitkan suapan dan kunyah perlahan. Ketika makan jangan banyak memandang orang yang berada disekitar, jangan makan sambil bersandar. Jangan makan sesudah berasa kenyang. Hendaklah menolak dengan alasan yang baik apabila diajak makan bersama sedangkan kita masih kenyang agar mereka yang hendak makan tidak berasa malu.
Hendaklah memakan dari bahagian paling sedikit dan menjilat jari bila selesai makan dan mengucapkan Alhamdullillah. Perlu di ingat jangan menyebut perkataan yang tidak senonoh ketika makan dan membuatkan orang lain hilang selera dan tidak menyempurnakan makanan mereka.

4. ADAB MINUM

Sebelum minum hendaklah dilihat ke arah gelas kemudian mengucapkan Bismillah dan setelah selesai ucapkan Alhamdullillah. Minum seteguk demi seteguk. Hendaklah menawarkan kepada orang di sebelah kanan apabila sedang bersama teman atau orang lain.

5. ADAB TIDUR

Berwuduklah sebelum tidur. Rebahkan badan pada sisi sebelah kanan. Terus berzikir sehingga tertido. Berdoa lah ketika bangun dari tido dan menucapkan Alhamdulillah.

6. ADAB MANDI

Jangan lupa menutup aurat dan mengekang pandangan melihat aurat. Mandilah sendirian dan jangan bersiul dan menyanyi dalam bilik mandi. Dalam bilik mandi kita dilarang menjawab salam dan jangan mandi terlalu lama serta kita hendaklah mandi sehingga membasahi seluruh tubuh seperti mandi junub(mandi wajib). Hendaklah membasuh kedua belahngan air sejuk kerana dapat menghilangkan sakit kepala.

ADAB DENGAN HUBUNGAN KERABAT DAN MASYARAKAT

1. ADAB ANAK KEPADA ORANG TUA

Sebagai seorang anak yang soleh dengarkan lah perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya. Jalan kan perintah dan taati mereka selagi sesuai dengan syariat Allah swt. Datanglah dengan lekas bila mereka pangggil. Tundukkan kedua lengan bahu dan redahkkan diri ketika berada di hadapan mereka. Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka dan menjalankan perintah mereka. Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata. Jangan menengking dan bersuara keras ketika berbicara debgan mereka. Jangan mengherdik mereka apatah lagi sampai menyalahi, tidak mengendahkan perintah mereka.

2. ADAB ORANG TUA KEPADA ANAK

Sebagai orang tua bantulah mereka dalam berbakti kepadanya. Jangan membebani mereka dengan suruhan yang melampui batas mereka. Jangan pula membebani mereka hal-hal yang membosankan pada saat mereka berasa sedang jenuh. Brikan mereka semangat untuk berbuat baik. Jangan memberikan pendidikan yang menyakiti atau memukul sehingga melukai mereka.

3. ADAB BERJIRAN

Awalilah dengan mengucapkan salam. Jangan banyak bercakap panjang lebar dengan mereka. Jangan pula banyak mengutarakan pertanyaan dan permasaalahan mereka. Tengoklah apabila mereka sedang sakit. Berdukacita bila mereka sedang ditimpa musibah. Berikan mereka ucapan selamat dan tampakkan kegembiraan apabila mereka sedang berbahagia. Bertuturlah dengan kata-kata yang baik kepada anak-anak mereka. Maafkanlah kesalahan mereka dan jangan mencerca atau memaki mereka. Bantulah mereka dalam menyelesaikan dan menghilangkan kesusahanya.




************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206, 011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com