Oleh: Hapezah Binti Ishak
Pendahuluan
Sebagaimana yang kita tahu, dewasa ini terdapat semakin ramai wanita yang berjaya di Malaysia malahan ramai diantara mereka lebih berjaya daripada suami mereka sendiri. Ini terbukti apabila ramai wanita telah menyandang jawatan-jawatan tinggi di sector kerajaan mahupun swasta. Tidak kurang juga graduan-graduan wanita juga lebih ramai berbanding graduan lelaki.
Dalam konteks rumah tangga pula, berpandukan ayat 34 surah An- Nisa bermaksud “ lelaki adalah ketua keluarga jadi walaupun isterinya lebih berjaya, suami masih merupakan ketua yang perlu dipatuhi dan dihormati dan pada masa yang sama suami mestilah menpunyai ciri-ciri yang baik, peyayang, mesra, mengamalkan system syura dan membimbing ahli keluarga dengan bijaksana”
Oleh itu, kejayaan wanita mestilah selaras dengan tuntutan yang ditetapkan oleh Islam.
1.0 Pengenalan
Dikala dan ketika ini dapat kita lihat kaum wanita banyak memegagng jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta. disamping itu juga dapa kita lihat ramai wanita telah membanjiri dan memenuhi ruang –ruang di universiti berbanding dengan lelaki.
Wanita juga dilihat lebih berjaya daripada kaum lelaki malahan beitu ramai wanita telah memegang jawatan tinggi seperti Menteri, Hakim, Ketau Setiausaha Kementerian, Pengarah dan banyak lagi tapi apakah kita fikir akan kesan-kesan dan persoalan yang timbul dengan jawatan yang disandang mereka anataranya :
1) Apakah mereka mampu menguruskan hal-hal kebajikan suami dan anak-anak?
2) Bolehkah mereka mengabil alih tanggungjawab seorang lelaki samada di rumah atau di pejabat.
Dalam surah An-Nisa yang bermaksud “Lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum perempuan oleh kerna Allah telah melebihkan orang lelaki dengan beberapa keistimewaan atas orang-orang perempuan dan kerana mereka telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian harta mereka – dalam surah ini jelas menunjukan suami adalah ketua walaupun isteri lebih berjaya.
Ditempat kerja lelaki perlu mengiktiraf kekuatan dan kelebihan wanita sebagaimana para sahabat mengiktiraf kekuata Saidatina Aisyah. dalam surah An –Taubah ayat 71 “Allah berfirman yang antara lain memberi maksud bahawa lelaki dan perempuan sebahagian antara mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. pada masa yang sama, wanita perlu bertindak sebagai ketua atau pemimpin yang bijak”.
Terdapat beberapa aspek yang boeh mengukur kejayaan wanita antaranya:-
1) Dalam bidang pendidikan
2) Ekonomi
3) Kesihatan
4) Perundangan
Kehadiran Islam lebih 1400 tahun telah memartabatkan wanita dengan membawa mereka keluar daripad cengkaman amalan tradisi masyarakat Jahililiah.
2.0 Wanita di dalam Al- Quran
Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 1 bermaksud “ wahai sekalian manusia, bertawakallah kepada tuhan kamu yang telah memjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan pasangannya (isterinya Hawa) dan membiakan dari kedua-dua zuriat keturunan lelaki dan peremuan yang ramai. Dan bertawakallah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namanya dan perliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sebtiasa memerhati (mengawasi) kamu”
Maka perempuan yang soleh itu adalah yang taat kepada Allah dan suaminya dan yang meemelihara kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara ketika suami tidak hadir bersama dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya.
2. 1 Sumbangan Wanita dalam penbangunan Ekonomi.
Hakikat sejarah telah menunjukan penglibatan wanita dalam pembangunan ekonomi sejak zaman-berzaman lagi. . Al-Quran telah mengisahkan penglibatan anak gadis Nabi Shuib bekerja dikeluar rumah sebagai pengembala ternakan kambing untuk menyara kaum keluarga.
3.0 Pencapaian Wanita
Dari segi ekonomi, Iskam membenarkan wanita memeiliki hartA, mewarisinya, mengusahakannya dan bekerja mencari rezeki. Dalam sejarah Islam, terutamanya di zaman Rasullulah dan Khalifah Al- Rasidin, golongan wanita amat berperanan di dalam aktiviti socio- ekonomi.
Kejayaan wanita samada diluar rumah sebagai wanita berjaya mahupun didalam rumah tangga sendiri bukan sekadar ditentukan oleh factor ilmu pengtahuan dan kefahaman tapi juga oleh factor sokongan khasnya dari suami. Sokongan ini kan wujud ekoran daripada Kufu (keserasian) antara mereka dalam pelbagai aspek.
4.0 Wanita Berjaya Disisi Islam
1. Wanita dianggap berjaya apabila mereka berjaya melaksanakankewajjiban kepada Allah seperti solat, zakat, puasa dan haji dengan sempurna dan ikhlas.
2. Wanita juga diangaap berjaya apabila berjaga melaksanakan kewajipan terhadap rumah tangga dengan berkualiti.
3. Mereka akan dianggap berjaya apabila mereka dapat memberi sumbangan kearah kebaikan masyarakat.
Dalam sabda Rasullulah S.A.W yang menerangkan wanita yang berjaya antaranya ialah hais yang bermaksud “ Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah”
5. 0 Kedudukan Wanita Berjaya di sisi Suami
Kedudukan wanita yang berjaya di sisi suami antaranya ialah :-
• Wanita yang berperanan sebagai isteri dan ibu dengan menjaga keharmonian rumah tangga memlalui kepakaran yang dimiliki seecara semuajadi.
• Sabda Rasullulah S.A.W “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap dari kamu bertanggungjawab atas apa jua yang dipimpin, wanita adalah penguasa dalam rumah tangga suami dan anak-anak dan ia bertanggungjawab atas kamu”
6.0 Kepentingan Kufu dalam rumah tangga dan Kerjayaan Wanita
Pada bahasa kufu bererti setaraf atau sepadan. Fiman Allah SWT dalam Surah Ikhlas ayat 5, bermaksud “ Dan tidak ada sesipada yanf setara dengannya”.
Kufu adalah istilah yang digunakan dalam perkhawinan yang bererti kesepadanan atau kesecocokan antara suami dan isteri. Hanya suami yang memahami kerjaya isterinya dapat memberi sokongan dan dukungan dalam pelbagai aspek. Keserasian persaan dan kefahaman yang mendalam antara suami isteri adalah antara yang membolehkan wanita terus berjaya.
7. 0 Penyesuaian dalam Rumah Tangga Wanita Berjaya
7. 1 Perkahwinan dan kehidupan berkeluarga bagi wanita bekerjaya
Fenomena wanita bekerja di luar rumah bukanlah suatu perkara yang baru. Pada era pra industri, wanita bertungkus lumus di ladang-ladang bekerja bersama suami dan ahli keluarga. Faktir yang membezakan penglibatan wanita dalam sector pekerjaan luar rumah dahulu ialah mereka tidak ‘dikira’ sebagai bekerja terutamanya kerana aspekkewangan hasil dari kerja tersebut biasanya diuruskan oleh kaum lelaki.
Era industri seterusnya mengagihkan pekerjaan wanita dan lelaki di man istilah seperti ‘pencari nafkah’ dan ‘suri rumah’ menjadi begitu sebati dalam membahagikan dengan jelas dan agak rigid peranan lelaki dan wanita.
Pada masa kini, wanita bekerja boleh dianggap sebagai rakan kongsi bagi suami dalam rumah tangga. Sebagai rakan kongsi, wanita seharusnya berbangga memiliki peranan besar dalam menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi keluarga.
7. 2 Penyesuaian peranan
Proses sosialisasi dalam kebanyakan budaya di dunia telah membentuk sikap mengutamakan kerjaya berbanding keluarga di kalangan lelaki dan mengutamakan keluarga berbanding semua perkara lain di kalangan wanita. Untuk melakukan sesuatu selain daripada ini ialah ‘antisosial’. Maka di sinilah wujudnya dilemma di kalangan wanita berkerjaya terutamanya mereka yang mempunyai pendapatan yang lebih daripada suami.
Cabaran bagi wanita berjaya boleh terbentuk dalam pelbagai konteks. Menggunakan perspektif ekosistem, wanita berkerjaya dilihat sebagai entity aktif dalam persekitaran hampir yang terdiri daripada konteks keluarga dan kerjaya.
Penyesuaian dalam rumah tangga wanita boleh ditekiti dari spek kekuatan dan kelemahan dalam konteks persekitaran hamper yang terdiri daripada pelbagai elemen. Factor diri wanita berjaya merupakan elemen asa yang menentukan samada wanita kerjaya mampu menyesuaikan diri dengan berkesan dalam melaksanakna tugasnya yang pelbagai. Wanita berkerjaya perlu bijak mengenalpasti sumber kekuatan dan kelemahan atau risiko dalam diri dan persekitarannya dan menguruskannya dengan efektif bagi membantu perjalanan proses penyesuaian tersebut. Antara faktor-faktor tersebut ialah :-
a. Factor personality – kemahiran menbuat keputusan, komunikasi, keazamna yang kuat, daya tahan, emosi yang stabil, kebijaksanaan, kecekapan dan kewarasan dalam menyerai utamakan keutamaan hidup adalah factor diri yang perlu ada bagi wanita berjaya.
b. Suami – atau secara khususnya hubungan perkahwinan merupakan tunjang kejayaan wanita berjaya. Kestabilan dan kebahagian perkahwinan dapat menjadi sumber inspirasi yang menjana kemajuan wanita berjaya. Selain kehadiran suami secara fizikal, sokongan, galakan, sumbangan tenaga, masa, pandangan dan fikiran suami dapat membantu wanita berjaya menlayari kehidupan pelbagai peranan dengan efektif.
c. Anak-anak – bilangan, jantina, umur dan cirri anak amat mengaruhi peranan wanita berjaya menjadi ibu yang cemerlang. Tahap kitaran hidup anak yang amat berkait dengan umur anak menentukan jumlah tenaga dan masa serta jenis penglibatan yang ditutut untuk ibu melaksanakannya. Ibu berjaya perlu bijak mendalami ibu keibubapaan, memestikan, walaupun dalam keadaan yang terhad, anak-anak masih menpunyai masauntuk bersama ibu mereka.
d. Tugas rumah tangga – wanita berjaya perlu bijak mengatur masa dan menggunakan sumber yang ada dalam dan luar keluarga untuk memastikan tugas di rumah dapat dilaksanakan denga baik.
e. Keluarga asal dan mentua – sebagai anak, menantu, kakak, adik ataupun ipar, wanita berjaya perlu bijak memainkan peranan sebagai pemangkin hubungan keluarga. Penyesuaian peranan wanita berjaya mungkin lebih mencabar jika ada ahli keluarga memerlukan jagaan misalnya ibu bapa atau mentua yang telah lanjut usia dan tinggal bersama.
f. Sokongan sosial – rakan sekerja, rakan baik, jiran, ahli keluarga, persatuan, ahli kominiti boleh menjadi sumber sokongsn kepada wanita berjaya.
g. Kerjaya – selain daripada tidur, bekerja merupakan satu aktiviti yang mengambil banyak masa secara berterusan dalam kehidupan wanita berjaya.
Ciri, tuntutan dan ganjaran dari kerjaya yang diceburi juga boleh membezakan kepuasan kerjaya yang diperolehi oleh wanita seterusnya boleh pula mengeruhi penyesuiannya dalam rumah tangga.
7. 3 Konflik dan bebenan peranan
Konflik peranan di kalangan wanita berjaya wujud apabila pelbagai status sosial yang dipegang seperti isteeri, ibu, pekerja, anak, kakak, adik, menetu dan lain-lain saling membeerikan tekanan atau tuntutan yang tidak wajar k eats diri wanita tersebut.
Tekanan seperti presaingan, percanggahan, pertembungan dan keutamaan yang boleh menjejaskan penyesuaian peranan wanita. Beberpak factor yang perlu dititkberat dalam menjalankan pemyesuaian berterusan dalam rumah tangga :-
• Masa
• Komunikasi
• Peranan gender
• Sokongan sosial
• Majikan/polisi kerja
Dengan niat yang ikhlas, usaha yang berterusan, doa yang berpanjangan untuk kesejahteraan serta tawakal, insya’Allah wanita berjay akan cemerlang menyerpuranakan pelbagai pernan yang di pertangggungjawabkan keatas diri mereka.
7. 4 Criteria Kejayaan
1. illmu pengetahuan
2. kerajinan dan ketekunan
3. displin
4. integriti dan keikhlasan
5. motivasi dan kemahuan tinggi
6. minda profesionalisme
Kesimpulan
Walaupun wanita lebih berjaya daripada suami mereka tetapi mereka tetap isteri dan ibu didalm rumah tangganya. Jadi mereka perlu akur dengan tanggungjawab yang sejak azali telah ditetapkan untuk semua kaum perempuan.
Kejayaan seorang itu tidaj bergabtung kepada jantina tetapi dengan semangat yang gigih, kejayaan pasti akan dapat dikecapi terutamanya di Malaysia dimana peluang untuk berkecimpung dan berjaya dalam apa jua bidang yang diminati adalah tidak terhad.
Sebagai kesimpulannya, wanita berjaya adalah setaraf dengan lelaki cuma yang membezakan hanyalah kerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri selepas itu bertawakallah kepada Allah, Insya-Allah kejayaan akan dapat dikecapi.
************************
Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau, Perlis, MALAYSIA
Tel: 013-400-6206,
011-1070-4212, 04-988-2701
Email: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
URL: abdazizharjin.blogspot.com